“Ya Allah, jika segala kesusahan dan keperitan ini mendekatkan aku dengan-Mu, janganlah engkau mengurniakan aku kesenangan dan kemudahan kerana aku takut aku akan jauh dari-Mu lantaran kelalaian dan kealpaanku.”
Dalam hidup ini, kita sering diuji dengan berbagai-bagai ujian dari Maha Pencipta. Ujian yang didatangkan itu kadang-kadang merupakan satu peringatan di atas kelalaian ataupun satu hukuman lantaran kesalahan dan tidak kurang juga hanya semata-mata ujian untuk menduga tahap kesabaran dan keimanan kita. Kita diuji dengan sesuatu yang kita mampu hadapi kerana Yang Maha Mengetahui kemampuan dan keterbatasan kita hanyalah Allah Yang Esa.
Thursday, October 24, 2013
Wednesday, July 17, 2013
5 Jalan Utama Mencintai Rasulullah
Walau apa-apa pun keadaan, tidak ada pilihan lain buat kita melainkan cuba sedaya upaya mencintai Rasulullah s.a.w. sepenuh hati. Keselamatan kita di dunia dan akhirat bergantung kepada sejauh mana kita mencintai Rasulullah s.a.w. Justeru, untuk mencapai cinta Allah, kita perlu melalui terlebih dahulu jalan-jalan yang membawa cinta kepada Rasulullah.
Seorang Arab Badwi bertemu Rasulullah s.a.w. lantas bertanya : "Bila berlaku kiamat?"
Rasulullah s.a.w. bertanya kembali kepadanya, mafhumnya : "Apa yang sudah kau sediakan untuk menghadapinya?"
SEDALAM MANA CINTA KITA KEPADA RASULULLAH S.A.W
Yang paling berkuasa dalam diri manusia ialah hati. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa hati umpama raja yang paling berkuasa dalam diri manusia. Pancaindera dan segala anggota badan bagaikan rakyat yang tunduk dan patuh kepada perintah hati.
Hati adalah tempat cinta yang bertakhta. Cinta itu yang mengawal hati. Jika seseorang mencintai sesuatu, seluruh tenaga, upaya dan fokus dalam hidupnya akan ditumpukan kepada apa-apa yang dicintai.
Oleh kerana itu, kita perlu berhati-hati apabila mencintai dan dicintai. Kita perlu berhati-hati memilih "siapa" dan "apa" yang hendak kita cintai.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya : "Seseorang akan menjadi hamba kepada apa-apa yang dicintainya." (Riwayat al-Bukhari)
Monday, July 15, 2013
Gambaran Hari Kiamat
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Karakter Penghuni Syurga dan Neraka
Daripada Harithah bin Wahb, bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya yang bermaksud : "Mahukah kamu semua aku beritahu (sifat-sifat) ahli syurga?"
Para sahabat menjawab : "Ya". Baginda bersabda lagi : "Setiap orang yang lemah dan dilemahkan (da'if mutada'af), andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah mengabulkan permintaannya. Mahukah aku beritahu kepadamu (sifat-sifat) ahli neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar ('utul), berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir)."
Hadis ini sahih dan diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dalam kedua-dua kitab Sahih mereka. Ia mengandungi perkara penting untuk kita renungi bersama.
Ahli syurga dan neraka dapat dikenal pasti sejak di dunia lagi menerusi sifat-sifat yang terdapat dalam diri
Nyalakan Lampu Hatimu
Ramai orang tidak buta. Matanya dapat berfungsi dengan baik pada waktu siang. Namun, apabila malam menjelma dan kegelapan menyerkup, mata yang berfungsi itu tidak mampu memandang apa-apa.
Inilah hakikat bahawa kehadiran cahaya amat penting. Sebaik sahaja cahaya muncul, barulah mata boleh mengecam warna-warna serta bentuk-bentuk objek. Analogi ini menzahirkan bahawa sekalipun mata celik, namun ia tidak memberi apa-apa makna tanpa cahaya.
Sejarah sebenar dunia
,
Hari berganti hari, tahun berganti tahun, zaman berganti zaman. Menurut hadith Nabi, zaman ummat Nabi Muhammad S.A.W dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:
“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah] adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya kerajaan menggigit [Mulkan 'Adhan], adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu kerajaan menyombong [Mulkan Jabariyyan], adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj an- nubuwwah] Kemudian Nabi diam.”
-Hadith Riwayat Ahmad dan Imam Baihaqi daripada Nu'man bin Basyir daripada Hudzaifah.

Subscribe to:
Posts (Atom)