“Ya Allah, jika segala kesusahan dan keperitan ini mendekatkan aku dengan-Mu, janganlah engkau mengurniakan aku kesenangan dan kemudahan kerana aku takut aku akan jauh dari-Mu lantaran kelalaian dan kealpaanku.”
Dalam hidup ini, kita sering diuji dengan berbagai-bagai ujian dari Maha Pencipta. Ujian yang didatangkan itu kadang-kadang merupakan satu peringatan di atas kelalaian ataupun satu hukuman lantaran kesalahan dan tidak kurang juga hanya semata-mata ujian untuk menduga tahap kesabaran dan keimanan kita. Kita diuji dengan sesuatu yang kita mampu hadapi kerana Yang Maha Mengetahui kemampuan dan keterbatasan kita hanyalah Allah Yang Esa.
Thursday, October 24, 2013
Wednesday, July 17, 2013
5 Jalan Utama Mencintai Rasulullah
Walau apa-apa pun keadaan, tidak ada pilihan lain buat kita melainkan cuba sedaya upaya mencintai Rasulullah s.a.w. sepenuh hati. Keselamatan kita di dunia dan akhirat bergantung kepada sejauh mana kita mencintai Rasulullah s.a.w. Justeru, untuk mencapai cinta Allah, kita perlu melalui terlebih dahulu jalan-jalan yang membawa cinta kepada Rasulullah.
Seorang Arab Badwi bertemu Rasulullah s.a.w. lantas bertanya : "Bila berlaku kiamat?"
Rasulullah s.a.w. bertanya kembali kepadanya, mafhumnya : "Apa yang sudah kau sediakan untuk menghadapinya?"
SEDALAM MANA CINTA KITA KEPADA RASULULLAH S.A.W
Yang paling berkuasa dalam diri manusia ialah hati. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa hati umpama raja yang paling berkuasa dalam diri manusia. Pancaindera dan segala anggota badan bagaikan rakyat yang tunduk dan patuh kepada perintah hati.
Hati adalah tempat cinta yang bertakhta. Cinta itu yang mengawal hati. Jika seseorang mencintai sesuatu, seluruh tenaga, upaya dan fokus dalam hidupnya akan ditumpukan kepada apa-apa yang dicintai.
Oleh kerana itu, kita perlu berhati-hati apabila mencintai dan dicintai. Kita perlu berhati-hati memilih "siapa" dan "apa" yang hendak kita cintai.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya : "Seseorang akan menjadi hamba kepada apa-apa yang dicintainya." (Riwayat al-Bukhari)
Monday, July 15, 2013
Gambaran Hari Kiamat
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Karakter Penghuni Syurga dan Neraka
Daripada Harithah bin Wahb, bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya yang bermaksud : "Mahukah kamu semua aku beritahu (sifat-sifat) ahli syurga?"
Para sahabat menjawab : "Ya". Baginda bersabda lagi : "Setiap orang yang lemah dan dilemahkan (da'if mutada'af), andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah mengabulkan permintaannya. Mahukah aku beritahu kepadamu (sifat-sifat) ahli neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar ('utul), berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir)."
Hadis ini sahih dan diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dalam kedua-dua kitab Sahih mereka. Ia mengandungi perkara penting untuk kita renungi bersama.
Ahli syurga dan neraka dapat dikenal pasti sejak di dunia lagi menerusi sifat-sifat yang terdapat dalam diri
Nyalakan Lampu Hatimu
Ramai orang tidak buta. Matanya dapat berfungsi dengan baik pada waktu siang. Namun, apabila malam menjelma dan kegelapan menyerkup, mata yang berfungsi itu tidak mampu memandang apa-apa.
Inilah hakikat bahawa kehadiran cahaya amat penting. Sebaik sahaja cahaya muncul, barulah mata boleh mengecam warna-warna serta bentuk-bentuk objek. Analogi ini menzahirkan bahawa sekalipun mata celik, namun ia tidak memberi apa-apa makna tanpa cahaya.
Sejarah sebenar dunia
,
Hari berganti hari, tahun berganti tahun, zaman berganti zaman. Menurut hadith Nabi, zaman ummat Nabi Muhammad S.A.W dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:
“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah] adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya kerajaan menggigit [Mulkan 'Adhan], adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu kerajaan menyombong [Mulkan Jabariyyan], adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj an- nubuwwah] Kemudian Nabi diam.”
-Hadith Riwayat Ahmad dan Imam Baihaqi daripada Nu'man bin Basyir daripada Hudzaifah.
Hari berganti hari, tahun berganti tahun, zaman berganti zaman. Menurut hadith Nabi, zaman ummat Nabi Muhammad S.A.W dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:
“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah] adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya kerajaan menggigit [Mulkan 'Adhan], adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu kerajaan menyombong [Mulkan Jabariyyan], adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj an- nubuwwah] Kemudian Nabi diam.”
-Hadith Riwayat Ahmad dan Imam Baihaqi daripada Nu'man bin Basyir daripada Hudzaifah.
Sunday, July 14, 2013
RACUN HATI
Assalamualaikum para pembaca sekalian, kali ini saya ingin berkongsi lagi satu artikel yang bertajuk Racun Hati .Namanya pun racun, mendengar perkataannya pun sudah dapat membayangkan bahawa ia sesuatu yang boleh menyakitkan, menyeksa dan jika dibiarkan tanpa dikawal, racun ini boleh membunuh.
Hati juga mempunyai racun yang boleh mematikannya. Namun, demikian racun hati jarang disedari kerana ia telah sebati berlaku di sekeliling.
Punca Racun Hati
Racun hati boleh disebabkan oleh tiga penyebab utama, iaitu lidah, mata dan perut. Jika ketiga-tiga penyebab utama ini tidak dijaga dengan baik, maka rosaklah hati.
Tip Mengubat Hati
Hati yang sakit tidak boleh dibiarkan. Jika tidak diubati, maka ia akan bertambah kronik. Jika dibiarkan berlarutan, maka sudah pasti ia membawa kebinasaan. Hati yang binasa mengakibatkan pemiliknya binasa.
Justeru, untuk mengubati hati ia memerlukan kepada ubat dan kaedah yang tertentu. Berikut disenaraikan beberapa tip untuk mengubati hati lebih-lebih lagi jika hati tersebut dalam keadaan sakit atau parah:
Tip 1|Sentiasa Berbaik Sangka
Dalam kehidupan berumah tangga, berbaik sangka merupakan kunci kebahagiaan dan kedamaian. Ia juga merupakan salah satu cara untuk mengeratkan perpaduan sesama umat manusia amnya dan umat Islam khususnya.
Saturday, July 13, 2013
Pandangan Islam Tentang Kehidupan
Islam adalah Agama Allah yang diwahyukan kepada para Rasul, sebagai hidayah dan rahmat Allah bagi umat manusia sepanjang masa, yang menjamin kesejahteraan hidup materiil dan spirituil, duniawi dan ukhrawi. Agama Islam, yakni Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sebagai Nabi akhir zaman, ialah ajaran yang diturunkan Allah yang tercantum dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi yang shahih (maqbul) berupa perintah-perintah, larangan-larangan, dan petunjuk-petunjuk untuk kebaikan hidup manusia di dunia dan akhirat. Ajaran Islam bersifat menyeluruh yang satu dengan lainnya tidak dapat dipisah-pisahkan meliputi bidang-bidang aqidah, akhlaq, ibadah, dan mu’amalah duniawiyah.
Pengawal Penjara Guantanamo Peluk Islam
Terry Holdbrooks (29) adalah bekas pengawal penjara yang bertugas di kem tahanan “pengganas” di Guantanamo Bay. Semasa bertugas sebagai pengawal penjara tentera ini, beliau seorang athiest yang percaya kesemua agama di dunia ini adalah kejam dan jahat. Ini semuanya berubah selepas beliau bertugas di Gitmo.
Terry bertugas selalunya pada shift malam. Kerana kebosanan beliau mula berbual dengan banduan yang ditangkap. Beliau sering berbual dengan seorang banduan bernama Ahmed Errachidi yang berasal dari Ethiopia
Terry bertugas selalunya pada shift malam. Kerana kebosanan beliau mula berbual dengan banduan yang ditangkap. Beliau sering berbual dengan seorang banduan bernama Ahmed Errachidi yang berasal dari Ethiopia
Friday, July 12, 2013
KEMATIAN ITU PASTI DATANG
kalau kita perhatikan semula, kematian ialah ibarat satu pintu. apabila ajal kita sampai, kita akan melepasi pintu itu. pintu ini pelik kerana boleh
terbuka, kemudian akan terkunci sendiri dan seterusnya langsung tidak boleh dibuka..
mati adalah pemutus segala peluang amal. penutup segala pintu taubat dan penghenti segala hubungan.apabila mati, segala apa yang bersangkut paut dengan kita di dunia ,suda tidak bermakna lagi.anak pinak, isteri, cucu-cicit, ibu bapa adik-beradik, sepupu-sepapat, pak cik mak cik, kenalan-kenalan, sahabat-sahabat, harta-harta, peluang-peluang dan cita-cita......
Thursday, July 11, 2013
3 HAL DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..
Wednesday, July 10, 2013
NIAT-NIAT SOLAT FARDHU
NIAT SOLAT SUBUH
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh 2 rakaat tunai kerana Allah taala.
NIAT SOLAT ZOHOR
Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor 4 rakaat tunai kerana Allah taala
NIAT SOLAT ASAR
Sahaja aku sembahyang fardhu Asar 4 rakaat tunai kerana Allah taala
NIAT SOLAT MAGHRIB
syarat wajib puasa
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Al-Baqarah 2:183)
Tuesday, July 9, 2013
AYAT KURSI
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Surah Al-Faatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Monday, July 8, 2013
Kisah Rasulullah s.a.w pada 10 malam Terakhir Ramadhan
Diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW sedang duduk i’tikaf semalam suntuk pada hari-hari terakhir Bulan Suci Ramadhan. Para sahabat pun tidak sedikit yang mengikuti apa yang dilakukan Nabi SAW ini. Beliau berdiri shalat mereka juga shalat, beliau menegadahkan tangannya untuk berdo’a dan para sahabatpun juga serempak mengamininya. Saat itu langit mendung tidak berbintang. Angin pun meniup tubuh-tubuh yang memenuhi masjid. Dalam riwayat tersebut malam itu adalah malam ke-27 dari Bulan Ramadhan.
Disaat Rasulullah SAW dan para sahabat sujud, tiba-tiba hujan turun cukup deras. Masjid yang tidak beratap itu menjadi tergenang air hujan. Salah seorang sahabat ada yang ingin membatalkan shalatnya, ia bermaksud ingin berteduh dan lari dari shaf, namun niat itu digagalkan karena dia melihat Rasulullah SAW dan sahabat lainnya tetap sujud dengan khusuk tidak bergerak. Air hujan pun semakin menggenangi masjid dan membasahi seluruh tubuh Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang berada di dalam masjid tersebut, akan tetapi Rasulullah SAW dan para sahabat tetap sujud dan tidak beranjak sedikitpun dari tempatnya.
Disaat Rasulullah SAW dan para sahabat sujud, tiba-tiba hujan turun cukup deras. Masjid yang tidak beratap itu menjadi tergenang air hujan. Salah seorang sahabat ada yang ingin membatalkan shalatnya, ia bermaksud ingin berteduh dan lari dari shaf, namun niat itu digagalkan karena dia melihat Rasulullah SAW dan sahabat lainnya tetap sujud dengan khusuk tidak bergerak. Air hujan pun semakin menggenangi masjid dan membasahi seluruh tubuh Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang berada di dalam masjid tersebut, akan tetapi Rasulullah SAW dan para sahabat tetap sujud dan tidak beranjak sedikitpun dari tempatnya.
KHUTBAH RASULULLAH S.A.W. MENJELANG RAMADHAN
“Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.
BULAN RAMADHAN BULAN BERGANDA
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Friday, May 31, 2013
Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.
Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian.
Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.
Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian.
Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.
Sunday, May 26, 2013
peserta buta johan 3 kali kategori tilawah MTQSS
Cacat penglihatan tidak menghalang Mohd. Qayyim Sarimin, 14, untuk merangkul johan buat kali ketiga berturut-turut kategori tilawah Al-Quran pada Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Peringkat Kebangsaan 2013.
Thursday, May 23, 2013
Kamu Sembahyang Lima Waktu TETAPI...
Kamu sembahyang lima waktu tetapi…
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.
Jika sembahyangmu 10 minit , 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.
10 Coklat Paling Mahal di Dunia
Gula-gula dan coklat adalah makanan kegemaran semua orang. Tentu saja nampak menyelerakan bila melihat foto2 coklat di dalam gambar ini. Jika faktor duit bukan penghalang untuk kebahagiaan anda, kita bebas membeli salah satu daripada coklat-coklat yang paling mahal dan nampak mewah di dunia ini. Saya senaraikan 10 coklat yang paling mahal di dunia dan boleh didapati di pasaran hari ini.
asal usul mee segera
Siapa yang tidak pernah makan mee segera di sini? Kebiasaannya mee segera memang tidak dapat dipisahkan, lebih-lebih lagi jika kita bergelar seorang pelajar asrama. Ia menjadi peneman di kala kita kelaparan. Selain ia mudah didapati, mee segera yang lebih sinonim dipanggil maggie cukup mudah disediakan dengan air panas. Jadi tidak hairanlah, mee segera sering menjadi pilihan utama jika dalam kelaparan yang teramat sangat.
COMPUTER: KESANNYA TERHADAP KESIHATAN MATA
Pengenalan
Peningkatan penggunaan komputer di kalangan masyarakat samada untuk tujuan kerja, pembelajaran mahupun bagi tujuan- tujuan lain seperti permainan komputer, melayari internet atau pencarian maklumat telah menimbulkan kebimbangan akan kesannya terhadap fungsi penglihatan. Dianggarkan 25% hingga 93% pengguna komputer mengalami simptom-simptom yang dikaitkan dengan penggunaan komputer.
Gejala dan tanda
Diantara simptom-simptom yang biasa dialami oleh pengguna komputer tegar ialah:
1. Sengal-sengal mata (eyestrain)
2. Kabur penglihatan
3. Mata kering (dry eyes)
4. Ketidakselesaan penglihatan
5. Sakit kepala.
6. Simptom-simptom lain yang turut disebabkan oleh penggunaan komputer seperti sakit dibahagian tengkuk dan juga belakang badan (back and neck pain).
Wednesday, May 22, 2013
Sabar, kebaikan cara berkesan bukti kesyumulan Islam
Akhlak yang baik mampu mengubah seseorang ke arah kebaikan. Kebaikan akan meresap ke dalam hati manusia secara perlahan-lahan walaupun ada kalanya perbuatan itu nampak kecil, tetapi meninggalkan kesan yang besar.
cara Menghilangkan Jerawat di Belakang Badan, Punggung
Jerawat boleh tumbuh di belakang badan, baik di punggung ataupun lengan.Jerawat jenis ini biasanya dikenali sebagai bacne aka. back acne. Bentuknya pun pelbagai,ada yang berbentuk butiran kecil biasa, benjolan kehitaman,hingga membentuk kista. Bacne lebih menyakitkan jika dibandingkan dengan jerawat biasa kerana banyak pori-pori yang terkena berbanding dengan di bahagian wajah.
Tuesday, May 21, 2013
khasiat Kaki ayam membantu cegah reput tulang
Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.
Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.
Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.
Rahsia Tahi Lalat Di Muka
KENING KANAN
Sekiranya kamu mempunyai tahi lalat pada kening sebelah kanan, kamu dikatakan seorang yang mempunyai akal yang cerdik dan cekap melakukan setiap tugas yang diberikan. Maksudnya kamu mampu memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan ke atas kamu.
SENAMAN YANG WAJIB UNTUK FIZIKAL KITA (SOLAT)
Solat merupakan salah satu daripada lima keperluan asas Islam, adalah wajib untuk melaksanakanya. Solat diberi keutamaan di dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat Solat yang diterangkan dalam Kitab Allah. Ia mengatakan, innassalata tanha Anil fahsha'i, Sesungguhnya sembahyang menahan seseorang dari perbuatan yang keji. (29:46) Dalam bab Luqman, Kita membaca bahawa apabila Hadhrat Luqman memberikan nasihat kepada anaknya, pertama-tamanya di fikiran beliau adalah untuk mengingatkan anaknya, ya bunayya aqimissalat "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang." (31:8)Menurut sebuah hadis Nabi Islam (saw) dilaporkan berkata, inna fissalati shifa'a "sesungguhnya terdapat penawar dalam solat". Menurut seorang sarjana Islam, seperti yang dilaporkan dalam majalah bulanan Urdu majalah, Tahazibul Akhlaq, Aligarh, India, seorang Muslim yang kerap mengerjakan solat mempunyai peluang yang sangat sedikit mendapat penyakit artritis,sama seperti kita bersenam iaitu tulang dan sendi kita bergerak semasa kita mengerjakan solat.
Dibawah ini akan diterangkan serba ringkas tentang kelebihan solat terhadap fizikal kita:.
Al-Quran terbesar di dunia
Al-Quran terbesar di dunia . Saiznya – 1.5 m X 2 m dan 3 m X 2 m dan seberat 800 kg.Ia megandungi 120-kg frame cover yang di sadur dengan emas dan perak.
Al-Quran tersebut dipamerkan kepada orang ramai di Republic Of Tatarstan,Russia .Al-Quran tersebut baru tiba dari Itali, negara terbaik dalam seni perhiasan emas.
jom kenalan dengan syaitan
Kita haruslah kenal musuh kita yang sebenar, di sini disebutkan ENAM BELAS nama ketua syaitan dan peranan mereka menggoda manusia di atas dunia ini agar berbuat jahat, maksiat dan derhaka serta selalu lupakan Tuhan yang Maha Esa :
disebalik senyuman
Budak 11 Tahun Sudah Pandai Menonton Video Lucah Dan Merogol Budak Lain
Dorongan kuat melakukan seks memaksa Budak 11 Tahun Sudah Pandai Menonton Video Lucah Dan Merogol Budak Lain | Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.
a pasangan adik-beradik yang masih bersekolah di tahun lima dan enam itu bertindak berani apabila melakukan hubungan terlarang di atas katil dalam sebuah bilik di rumah nenek mereka di Manir, di sini.
Monday, May 20, 2013
TAHUKAH ANDA? (fakta kucing yang mungkin tidak anda ketahui)
Secara ilmiah telah dibuktikan, bahwa memiliki dan memelihara kucing baik untuk kesehatan pemilik dan mengurangi kejadian penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit lainnya.
Bermain dengan kucing dan membelai-belai bulu kucing dapat membantu melepaskan stres. Kucing yang mendengkur di pangkuan anda dapat memberikan perasaan aman dan nyaman yang kuat.
Sikap Perwatakan Wanita Melalui Cara Berjalan
Tahukah anda bahawa perwatakan atau sifat wanita juga boleh diketahui melalui cara seseorang itu berjalan. Mungkin ada benarnya juga tips yang diberikan kat bawah ni sebagai panduan bersama
Kata Alu-Aluan Penulis
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Amssmit Zone merupakan blog kedua keluaran saya selepas Amit Dullah. Saya menerbitkan blog ini adalah hanya sebagai hobby dan juga kerana minat untuk berkongsi pendapat, fakta, pandangan dan sebagainya. Sememangnya saya mengakui bahawa terdapat beberapa catatan hasil daripada copy/paste dari laman-laman lain, walaubagaimanapun ianya bukan satu kesalahan jenayah bukan? Saya cuma mengongsikan. Bak kata orang kampung saya "Sharing is caring". Saya masih baru dalam bidang ini dan maka dengan itu awal-awal saya memohon maaf sekiranya apa yang saya kongsikan di sini kurang memuaskan para pembaca sekalian. Sebarang pendapat, teguran atau pembetulan adalah sangat dialu-alukan. Selamat membaca.
Sekian dan terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)