Pages

Friday, July 12, 2013

KEMATIAN ITU PASTI DATANG


 kalau kita perhatikan semula, kematian ialah ibarat satu pintu. apabila ajal kita sampai, kita akan melepasi pintu itu. pintu ini pelik kerana boleh 
terbuka, kemudian akan terkunci sendiri dan seterusnya langsung tidak boleh dibuka..

 mati adalah pemutus segala peluang amal. penutup segala pintu taubat dan penghenti  segala hubungan.apabila mati, segala apa yang bersangkut paut dengan kita di dunia ,suda tidak bermakna lagi.anak pinak, isteri, cucu-cicit, ibu bapa adik-beradik, sepupu-sepapat, pak cik mak cik, kenalan-kenalan, sahabat-sahabat, harta-harta, peluang-peluang dan cita-cita......


 apabila ajal kita tiba, apakah yang akan terjadi dengan cita-cita kita?
ramai orang yang bercita-cita ingin berjaya dalam mencapai cita-cita, berusaha bersungguh-sungguh. belajar rajin-rajin, habiskan masa dengan study, korban itu, korban ini, ada juga yang korban cinta semata-mata untuk cita-cita. namun jika ajal tiba lebih dahulu sebelum cita-citanya tercapai, adakah bermakna kehidupannya itu????

 justeru marilah kita muhasabah kembali. tidak salah bercita-cita. lagipun cita-cita ini terbahagi kepada dua. cita-cita akhirat dan cita-cita dunia. orang yang bijak ialah orang menjadikan dunianya sebagai perealisasi cita-cita akhiratnya.. bagaimana??? kita mesti kembali kepada penciptaan kita, iaitu kehidupan kita sebagai ibadah. kita ikhlaskan niat kita, kita bersihkan jalan kehidupan kita  daripada perkara keji dan mungkar. kita jelaskan semula  bahawa matlamat kehidupan kita adalah untuk mengapai radha Allah SWT. segala cita-cita kita di dunia ini dan segala usaha kita untuk mengejarnya, akan menujadi saham untuk kita bahagia di akhirat nanti.

 firman Allah SWT; demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali mereka yang beramal soleh, dan berpasan-pesan kepada kebenaran,
dan berpesan-pesan kepada kesabaran. (al-'asr; 1-3)

 semua manusia akan kerugian, kecuali yang beramal soleh dan menyeru kepada kebenaran. nah, takkan kita hendak manjadi orang yang rugi? marilah kita sama-sama set matlamat dan niat kehidupan kita. kita perbaiki cita-cita kita. kita jelaskan kehidupan kita ini hanya untuk menggapai redha-nya. kita berusaha mandekatinya dalam segenap kehidupan kita. insya-Allah. Allah SWT pasti akan menyokong kita dan mendekati kita dengan  lebih dekat..

     ajal dah cita-cita.

 cita-cita itu insya-Allah akan datang, tetapi ajal itu sememangnya telah pasti akan datang. tambah merisaukan. kita tidak tahu bila maut hendak datang  manjengah. adakah kita sudah bersedia????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...