Pages

Wednesday, July 10, 2013

syarat wajib puasa

                                   Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


 Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:183)




 (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
(Al-Baqarah 2:184)


 (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah 2:185)

 Syarat Wajib Puasa

 1.      Islam.
setiap orang yang telah mengucapkan duakalimah syahadat, maka orang tersebut harus melakukan perkara
yang diwajibkan dalam agama Islam termasuk berpuasa di bulan Ramadhan.

2.      Baligh
Orang yang baligh juga disebut orang yang mukallaf, yaitu dimana usia seseorang telah mencukupi untuk melaksanakan puasa. Ciri-ciri orang baligh adalah, untuk lelaki pernah mimpi dan keluar mani atau yang disebut mimpi basah. Sedangkan untuk perempuan telah mengalami haid pada usia 9 tahun.

3.      Berakal
Berakal adalah orang yang masih dalam keadaan sadar tidak dalam keadaan gila, mabuk, pingsan dan masih bisa berpikir dan melakukan tindakan yang fositif.
4.      Mampu untuk berpuasa
Mampu disini adalah kuat untuk menahan lapar, haus dan perkara yang dapat membatalkan puasa, berbadan sehat tidak dalam keadaan sakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...