Pages

Wednesday, July 17, 2013

5 Jalan Utama Mencintai Rasulullah


  Walau apa-apa pun keadaan, tidak ada pilihan lain buat kita melainkan cuba sedaya upaya mencintai Rasulullah s.a.w. sepenuh hati. Keselamatan kita di dunia dan akhirat bergantung kepada sejauh mana kita mencintai Rasulullah s.a.w. Justeru, untuk mencapai cinta Allah, kita perlu melalui terlebih dahulu jalan-jalan yang membawa cinta kepada Rasulullah.

Seorang Arab Badwi bertemu Rasulullah s.a.w. lantas bertanya : "Bila berlaku kiamat?"

Rasulullah s.a.w. bertanya kembali kepadanya, mafhumnya : "Apa yang sudah kau sediakan untuk menghadapinya?"

SEDALAM MANA CINTA KITA KEPADA RASULULLAH S.A.W


 Yang paling berkuasa dalam diri manusia ialah hati. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa hati umpama raja yang paling berkuasa dalam diri manusia. Pancaindera dan segala anggota badan bagaikan rakyat yang tunduk dan patuh kepada perintah hati.

Hati adalah tempat cinta yang bertakhta. Cinta itu yang mengawal hati. Jika seseorang mencintai sesuatu, seluruh tenaga, upaya dan fokus dalam hidupnya akan ditumpukan kepada apa-apa yang dicintai.

Oleh kerana itu, kita perlu berhati-hati apabila mencintai dan dicintai. Kita perlu berhati-hati memilih "siapa" dan "apa" yang hendak kita cintai.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya : "Seseorang akan menjadi hamba kepada apa-apa yang dicintainya." (Riwayat al-Bukhari)

Monday, July 15, 2013

Gambaran Hari Kiamat



 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Karakter Penghuni Syurga dan Neraka


Daripada Harithah bin Wahb, bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya yang bermaksud : "Mahukah kamu semua aku beritahu (sifat-sifat) ahli syurga?"

Para sahabat menjawab : "Ya". Baginda bersabda lagi : "Setiap orang yang lemah dan dilemahkan (da'if mutada'af), andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah mengabulkan permintaannya. Mahukah aku beritahu kepadamu (sifat-sifat) ahli neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar ('utul), berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir)."

Hadis ini sahih dan diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dalam kedua-dua kitab Sahih mereka. Ia mengandungi perkara penting untuk kita renungi bersama.

Ahli syurga dan neraka dapat dikenal pasti sejak di dunia lagi menerusi sifat-sifat yang terdapat dalam diri

Nyalakan Lampu Hatimu


 Ramai orang tidak buta. Matanya dapat berfungsi dengan baik pada waktu siang. Namun, apabila malam menjelma dan kegelapan menyerkup, mata yang berfungsi itu tidak mampu memandang apa-apa.

Inilah hakikat bahawa kehadiran cahaya amat penting. Sebaik sahaja cahaya muncul, barulah mata boleh mengecam warna-warna serta bentuk-bentuk objek. Analogi ini menzahirkan bahawa sekalipun mata celik, namun ia tidak memberi apa-apa makna tanpa cahaya.

Sejarah sebenar dunia

,

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, zaman berganti zaman. Menurut hadith Nabi, zaman ummat Nabi Muhammad S.A.W dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:
“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah] adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya kerajaan menggigit [Mulkan 'Adhan], adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu kerajaan menyombong [Mulkan Jabariyyan], adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj an- nubuwwah] Kemudian Nabi diam.”
-Hadith Riwayat Ahmad dan Imam Baihaqi daripada Nu'man bin Basyir daripada Hudzaifah.

Sunday, July 14, 2013

RACUN HATI


Assalamualaikum para pembaca sekalian, kali ini saya ingin berkongsi lagi satu artikel yang bertajuk Racun Hati .Namanya pun racun, mendengar perkataannya pun sudah dapat membayangkan bahawa ia sesuatu yang boleh menyakitkan, menyeksa dan jika dibiarkan tanpa dikawal, racun ini boleh membunuh.
Hati juga mempunyai racun yang boleh mematikannya. Namun, demikian racun hati jarang disedari kerana ia telah sebati berlaku di sekeliling.

Punca Racun Hati


Racun hati boleh disebabkan oleh tiga penyebab utama, iaitu lidah, mata dan perut. Jika ketiga-tiga penyebab utama ini tidak dijaga dengan baik, maka rosaklah hati.

Tip Mengubat Hati


Hati yang sakit tidak boleh dibiarkan. Jika tidak diubati, maka ia akan bertambah kronik. Jika dibiarkan berlarutan, maka sudah pasti ia membawa kebinasaan. Hati yang binasa mengakibatkan pemiliknya binasa.

Justeru, untuk mengubati hati ia memerlukan kepada ubat dan kaedah yang tertentu. Berikut disenaraikan beberapa tip untuk mengubati hati lebih-lebih lagi jika hati tersebut dalam keadaan sakit atau parah:

Tip 1|Sentiasa Berbaik Sangka

Dalam kehidupan berumah tangga, berbaik sangka merupakan kunci kebahagiaan dan kedamaian. Ia juga merupakan salah satu cara untuk mengeratkan perpaduan sesama umat manusia amnya dan umat Islam khususnya.

Saturday, July 13, 2013

Pandangan Islam Tentang Kehidupan


 Islam adalah Agama Allah yang diwahyukan kepada para Rasul, sebagai hidayah dan rahmat Allah bagi umat manusia sepanjang masa, yang menjamin kesejahteraan hidup materiil dan spirituil, duniawi dan ukhrawi. Agama Islam, yakni Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sebagai Nabi akhir zaman, ialah ajaran yang diturunkan Allah yang tercantum dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi yang shahih (maqbul) berupa perintah-perintah, larangan-larangan, dan petunjuk-petunjuk untuk kebaikan hidup manusia di dunia dan akhirat. Ajaran Islam bersifat menyeluruh yang satu dengan lainnya tidak dapat dipisah-pisahkan meliputi bidang-bidang aqidah, akhlaq, ibadah, dan mu’amalah duniawiyah.

Pengawal Penjara Guantanamo Peluk Islam

 Terry Holdbrooks (29) adalah bekas pengawal penjara yang bertugas di kem tahanan “pengganas” di Guantanamo Bay. Semasa bertugas sebagai pengawal penjara tentera ini, beliau seorang athiest yang percaya kesemua agama di dunia ini adalah kejam dan jahat. Ini semuanya berubah selepas beliau bertugas di Gitmo.

Terry bertugas selalunya pada shift malam. Kerana kebosanan beliau mula berbual dengan banduan yang ditangkap. Beliau sering berbual dengan seorang banduan bernama Ahmed Errachidi yang berasal dari Ethiopia

Friday, July 12, 2013

KEMATIAN ITU PASTI DATANG


 kalau kita perhatikan semula, kematian ialah ibarat satu pintu. apabila ajal kita sampai, kita akan melepasi pintu itu. pintu ini pelik kerana boleh 
terbuka, kemudian akan terkunci sendiri dan seterusnya langsung tidak boleh dibuka..

 mati adalah pemutus segala peluang amal. penutup segala pintu taubat dan penghenti  segala hubungan.apabila mati, segala apa yang bersangkut paut dengan kita di dunia ,suda tidak bermakna lagi.anak pinak, isteri, cucu-cicit, ibu bapa adik-beradik, sepupu-sepapat, pak cik mak cik, kenalan-kenalan, sahabat-sahabat, harta-harta, peluang-peluang dan cita-cita......

Thursday, July 11, 2013

3 HAL DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

 Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Wednesday, July 10, 2013

NIAT-NIAT SOLAT FARDHU


NIAT SOLAT SUBUH
 Sahaja aku sembahyang fardhu subuh 2 rakaat tunai kerana Allah taala.

NIAT SOLAT ZOHOR
 Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor 4 rakaat tunai kerana Allah taala

NIAT SOLAT ASAR
 Sahaja aku sembahyang fardhu Asar 4 rakaat tunai kerana Allah taala

NIAT SOLAT MAGHRIB
 Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib 3 rakaat tunai kerana Allah taala

NIAT SOLAT ISYAK
 Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak 4 rakaat tunai kerana Allah taala



syarat wajib puasa

                                   Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


 Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:183)


Tuesday, July 9, 2013

AYAT KURSI



 Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Surah Al-Faatihah



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam


Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)


Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


Tunjukilah kami jalan yang lurus.


Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Monday, July 8, 2013

Kisah Rasulullah s.a.w pada 10 malam Terakhir Ramadhan

 Diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW sedang duduk i’tikaf semalam suntuk pada hari-hari terakhir Bulan Suci Ramadhan. Para sahabat pun tidak sedikit yang mengikuti apa yang dilakukan Nabi SAW ini. Beliau berdiri shalat mereka juga shalat, beliau menegadahkan tangannya untuk berdo’a dan para sahabatpun juga serempak mengamininya. Saat itu langit mendung tidak berbintang. Angin pun meniup tubuh-tubuh yang memenuhi masjid. Dalam riwayat tersebut malam itu adalah malam ke-27 dari Bulan Ramadhan.

Disaat Rasulullah SAW dan para sahabat sujud, tiba-tiba hujan turun cukup deras. Masjid yang tidak beratap itu menjadi tergenang air hujan. Salah seorang sahabat ada yang ingin membatalkan shalatnya, ia bermaksud ingin berteduh dan lari dari shaf, namun niat itu digagalkan karena dia melihat Rasulullah SAW dan sahabat lainnya tetap sujud dengan khusuk tidak bergerak. Air hujan pun semakin menggenangi masjid dan membasahi seluruh tubuh Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang berada di dalam masjid tersebut, akan tetapi Rasulullah SAW dan para sahabat tetap sujud dan tidak beranjak sedikitpun dari tempatnya.

KHUTBAH RASULULLAH S.A.W. MENJELANG RAMADHAN

“Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.

BULAN RAMADHAN BULAN BERGANDA

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.



Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...